Sunday, June 19, 2011

My first Property Investment Seminar


Salam hye,


Ok untuk post kali ini, saya nak berkongsikan pengalaman saya menyertai sebuah seminar berkaitan pelaburan hartanah.

Seminar tu bertajuk "Empowering Property Investment Strategies: How Property Guru Robert Kiyosaki Owns 2000 Properties" dan telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru pada 15 June 2011. Seminar tu dikendalikan oleh sebuah syarikat pelaburan hartanah terkenal dari Singapura iaitu AZEA Property.

Time tu mostly peserta yang hadir adalah Chinese dan Indian.. Melayu cuma ada 2 orang (termasuk saya).. Dan for sure, saye lah peserta termuda.. =p Erh bukan Imam muda.. hehe..

Itulah kali pertama saya menyertai seminar yang membincangkan berkenaan pelaburan hartanah. Kiranya knowledge saya berkaitan pelaburan hartanah sebelum ni zero to the ground lah, hehe..

Kire seronok jugalah sebab dapat belajar ilmu baru. Kalau nak tahu, pelaburan hartanah adalah salah satu rahsia terbesar yang selama ini disimpan rapi oleh mereka yang kaya-raya. Rahsia inilah juga yang membuatkan mereka yang kaya bertambah kaya dan mereka yang miskin bertambah miskin. It sounds interesting right?

Ok, dalam post kali ni, saya akan kongsikan dengan anda beberapa perkara asas berkaitan pelaburan hartanah yang sudah semestinya amat menarik dan di luar kotak pemikiran orang-orang kebiasaan.

1. Apakah itu pelaburan hartanah?
Saya tak lah pakar dalam bidang ni, tapi setakat yang saya faham, pelaburan hartanah adalah satu jenis pelaburan yang melibatkan pembelian dan sewa aset yang bernilai seperti rumah dan bangunan. Pelaburan hartanah merupakan satu jenis pelaburan jangka panjang yang sememangnya diakui boleh memberi pulangan yang amat lumayan. Antara nama besar dalam pelaburan hartanah adalah Robert Kiyosaki yang juga popular dengan buku best sellernya iaitu Rich Dad Poor Dad.

2. Konsep aset dan liabiliti
Dalam pelaburan hartanah, terdapat beberapa term yang perlu diketahui seperti capital, cash flow dan macam-macam lagi. Oleh sebab kekurangan knowledge berkaitan hartanah, saya agak terkapai-kapai juga ketika penceramah memberi penjelasan dengan menggunakan term-term yang agak janggal bagi saya. Tapi ada 2 term yang dapat saya tangkap dengan jelas sepanjang seminar 3 jam lebih tersebut iaitu berkenaan aset dan liabiliti.

Aset adalah apa sahaja yang boleh memberi wang kepada kita manakala liabiliti adalah apa sahaja yang akan menyebabkan duit kita keluar daripada poket (ya ya, atau bank.. =p). Kesimpulan yang saya dapat adalah rumah yang boleh kita jadikan sebagai rumah sewaan adalah satu aset yang amat bernilai dan tetapi rumah pertama yang kita beli untuk diduduki merupakan satu liabiliti. Kereta juga diklasifikasikan sebagai satu liabiliti.

Memang seminar tersebut berjaya membuka minda saya berkaitan konsep asas untuk menjadi pelabur yang mempraktikkan strategi yang telah terbukti berkesan melalui kajian dan case study.

3. Kenapa melabur dalam hartanah?
Soalan ini adalah soalan paling asas yang perlu diketahui berkaitan pelaburan hartanah. Ada beberapa sebab utama yang menjadikan pelaburan hartanah sesuatu yang menarik.

Pertama, hartanah adalah merupakan aset yang mempunyai sesuatu nilai yang besar dan nilainya itu akan sentiasa meningkat setiap tahun. Katakan tahun ini sebuah rumah yang kita beli berharga RM100,000 akan bernilai kira-kira RM300,000 berapa tahun kemudian dan nilainya akan terus bertambah setiap tahun.

Kedua, hartanah seperti rumah yang dibeli boleh disewakan untuk mendapat pendapatan bulanan secara tetap tanpa perlu bekerja! Inilah yang dinamakan sebagai passive income yang selalu diimpikan ramai orang.

Dan yang ketiga, aset yang dibeli dan menjadi milik kita itu boleh diperturunkan kepada waris kita. Bermakna, nilai aset tersebut akan terus menjadi milik ahli keluarga kita dan menjamin masa depan mereka. Alasan ini menjadi sebab yang amat kuat bagi mereka yang sentiasa memikirkan tanggungjawab zahir mereka terhadap ahli keluarga mereka. Dan banyak lagi sebab-sebab rational lain.

4. Risiko pelaburan hartanah
Ramai yang berminat dengan konsep asas pelaburan hartanah yang membolehkan status financial freedom tercapai. Namun, lebih ramai juga yang berfikir lebih 100 kali untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah kerana memikirkan risiko yang terlalu besar untuk ditanggung dan gagal mendapat pulangan atas pelaburan awal.

Gagal dalam pelaburan hartanah adalah sesuatu yang mungkin. Tiada sesiapa yang dapat menjamin kita akan berjaya dalam pelaburan hartanah kerana ia melibatkan terlalu banyak faktor. Selain itu, untuk memulakan pelaburan hartanah, kita memerlukan sejumlah wang yang banyak contohnya minimum RM20,000.

5. Cara memulakan pelaburan hartanah
Dalam seminar tersebut, saya dapati, ada 2 sebab yang menyebabkan seseorang itu tidak berani mencuba melakukan pelaburan hartanah.

Pertama, kerana ada perasaan takut dan risau (fear). Perasaan ini timbul apabila memikirkan risiko-risiko yang perlu ditanggung. Perasaan tersebut juga timbul kerana kurangnya pengetahuan berkaitan pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah adalah sesuatu yang kritikal. Seseorang tidak boleh melakukannya dengan sesuka hati dan mengharapkan pulangan yang tinggi tanpa sebarang usaha. Jika tidak, kecenderungan untuk gagal adalah amat tinggi. Oleh itu, untuk menghilangkan perasaan fear tersebut daripada membelenggu pemikiran, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian dengan pelaburan hartanah. Segala strategi rahsia perlu diketahui dengan jelas sebelum pelaburan hartanah dapat dilakukan.

Sebab kedua yang menyebabkan ramai orang juga tidak berani untuk berjaya dalam pelaburan hartanah adalah kerana memiliki sikap ingin cepat kaya. Pelaburan hartanah adalah satu pelaburan jangka panjang yang perlu dilakukan dengan penuh disiplin. Jika seseorang itu tamak dan ingin mendapatkan duit yang banyak dalam tempoh yang singkat, orang itu akan dapati bahawa pelaburan hartanah akan menjadi satu perkara yang paling menyakitkan apabila hutang yang perlu ditanggung menjadi setinggi gunung.

_______________________________________________________

Pelaburan hartanah adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui. Memang benar bukan semua orang boleh melakukannya kerana ia melibatkan modal awal yang amat besar. Cerita saya berkaitan pelaburan hartanah baru saja bermula dan ia bermula dengan mendapatkan maklumat dan ilmu yang bersesuaian. Mungkin belum masanya untuk saya melakukan pelaburan hartanah, tetapi insyaAllah ia akan menjadi perancangan untuk masa depan.

3 comments:

Riana said...

good info :)
so tak salah lah apa yg i buat sebelum ni.. heheh

Nizam Malek on June 20, 2011 at 1:37 AM said...

ape yang u buat sebelum ni?? haa..

Riana said...

yg apartment kat brunsfield tu.. lupa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.