Saturday, March 5, 2011

Coming back to campus time


Hye semua, apa khabar?

Masa saya sedang menulis post ni dalam pukul 12.30pm, saya sedang dalam proses berkemas-kemas untuk balik ke Putrajaya. Nampaknya tempoh seminggu cuti mid semester yang menyeronokkan berakhir juga. =(

Sepanjang cuti ni, saya banyak luangkan masa dengan family, dan duduk kat rumah rehatkan diri. Seminggu ni memang bermakna dan agak tepat pada masanya bagi saya. Hari-hari berlalu dengan penuh ketenangan. Rasa nak tenang begini selamanya.

Tapi masanya pasti akan tiba juga. Masa akan terus berlalu dan kita perlu menempuh 'cerita' yang akan datang nanti (mesti korang tak faham ap ak tulis ni.. =p). By the way, saya akan bertolak ke Putrajaya dalam pukul 3 petang nanti. Tapi dalam hati rasa tak berapa excited nak balik Putrajaya.

Kalau ikutkan, this is the first time since last 3 and the half years ago, saya rasa tak seronok nak balik ke campus. Selalu dengar member-member or junior (sapelah junior tu.. =p) yang rasa macam ni, but now I'm really feeling it.

Cumakan, bila kita rasa terpaksa lakukan sesuatu, mesti kita akan rasa kurang bersemangat, atau stress atau mungkin juga bosan. Tapi, jikalau kita perlu juga lakukannya, kita mesti berfikir dengan cara yang betul. Contohnya, fikirkan apa matlamat utama kita nak pergi ke campus. Mestilah nak dapatkan degree kita kan?

Sebab itulah tujuan kita kembali ke campus. Kita sanggup berhabis duit, masa, tenaga dan keupayaan untuk dapatkan segulung ijazah yang paling bernilai itu. Jadi jika kita nampak kepentingannya, dan nilai untuk kebaikan kita, kita boleh jadikannya sebagai motivasi untuk terus melangkah ke hadapan dan hadapi apa sahaja masalah atau ketidakseronokan yang mungkin kita ada sepanjang berada di campus.

Sebenarnya, segulung ijazah tersebut bukanlah benda paling penting. Tapi, yang lebih utama dan bernilai adalah education kita. Dengan ilmu, kita boleh harungi hidup ini dengan lebih baik. Dengan ilmu, kita boleh elakkan diri kita daripada kesusahan hidup dan dengan ilmu juga kita akan mendapat keberkatan hidup.

Itulah dia tazkirah pendek kita pada hari ini, hehe. By the way, sebenarnya kata-kata di atas itu adalah nasihat untuk diri saya sendiri. Tapi kalau yang membacanya dapat manfaat dan pedoman, lagi lah bagus kan? =)

Ohya, sepanjang seminggu cuti ni ada juga perkara-perkara menarik yang saya buat (selain makan dan tido.. =p) terutamanya berkaitan Internet Marketing yang saya minat sangat tu.

Tapi nanti-nantilah, kalau ada masa saya ceritakan. Cuma saya tengok jadual course work saya selepas ni akan jadi amat pack dan sibuk. Tambahan lagi clinical attachment akan bermula selama lebih kurang 6 minggu. Harapnya ada kelapangan nak update blog ni dan berkongsi cerita menarik dengan anda.

Oklah, masa pun makin suntuk, barang-barang pun dah hampir siap kemas. Cuma harap tiada barang yang tertinggal lah kan.. So sumbat semua benda dalam beg.. =p

So jumpe lagi di post yang seterusnya, jaga diri dan doakan keselamatan saya ya! =) Adios~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.