Thursday, January 27, 2011

Let's rock USM National Pharmacy Sports Carnival 2011!


Atlet pharmacy CUCMS akan menggegar NPSC 2011!

Hujung minggu ini, saya akan berada di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang untuk menyertai aktiviti sukan pelajar farmasi seluruh Malaysia. Acara sukan tahunan yang julung-julung kali diadakan ini akan mengumpulkan pelajar-pelajar farmasi dari seluruh pelosok Malaysia.

Inilah kali pertama NPSC akan diadakan di luar kawasan Lembah Kelang. Sebelum ni, NPSC telah diadakan di Nottingham University (Semenyih), UitM (Shah Alam) dan Management & Science University, MSU (Shah Alam).

Tahun ini, USM telah membuat beberapa perubahan dari segi format program. Jika sebelum ini, NPSC hanya dijalankan sepanjang 1 hari sahaja, tapi USM telah memilih untuk mengadakannya sepanjang 2 hari.

Hari pertama NPSC 2011 akan dimuatkan dengan permainan-permainan moden dan popular seperti futsal, volley ball, net ball, badminton dan ping pong, manakala pada hari kedua, NPSC 2011 akan diwarnai dengan permainan-permainan klasik dan tradisional seperti tuju kasut (baling selipar), galah panjang, tarik tali dan batu seremban. Saya dapat bayangkan keseronokan NPSC 2011 kali ini. =p

Pasukan atlet farmasi CUCMS akan dibarisi pelajar-pelajar dari tahun satu sehingga tahun akhir bagi melengkapkan hampir semua jenis permainan yang akan dianjurkan. Bagaimana dengan persiapan pasukan CUCMS? Well, mestilah gempak kan.. Tapi tak pe, kita tunggu dulu hari sebenar NPSC 2011 dan mari beradu secara sihat! Yup, secara sihat, kerana adat permainan ada menang dan ada kalah (ayat back up kalau kalah.. heheh..).

Ok untuk NPSC 2011 ni, saya akan main permainan tradisional favourite saya, iaitu galah panjang. Game moden tu semua kasi orang lain main. Nape suka sangat galah panjang? Sebab game ni sangat seronok, tak berbahaya dan mudah. Tak payah berlatih bertahun-tahun pun boleh main galah panjang. Kriteria yang diperlukan ialah kepantasan berlari, keupayaan untuk berwaspada dan licik. Yes, I like perkataan licik.. Im a licik person.. hahah!

Tak kesahlah pape pun, for me, I just wanna have fun there nanti. I wanna meet my other pharmacy student friends from other universities and enjoy the moment. Jadi sesiapa yang terpegang kamera tu janganlah segan2 nak snap my pictures k. =D Gambar terbaik akan terpilih untuk dimasukkan ke dalam Nizam Malek Blog, hehehh..

Oklah sebelum melalut lebih panjang, let me put the pen now (taip kat laptop pun kira menulis pakai pen ka??).. Wish us all the safety during the journey go and back.. and NPSC 2011, here we come!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.