Sunday, January 9, 2011

Cuti semester dah berakhir...


Sila baca tajuk di atas dengan nada sedih.. =p


Hmm, berakhir juga akhirnya cuti semester selama sebulan.

For me, cuti kali ni agak menarik dan bermakna. Macam-macam aktiviti boleh dibuat dengan family selain dapat berehat dengan tenang di rumah. Bercuti sememangnya satu terapi yang sihat selepas penat bekerja keras sepanjang semester yang lepas.

Almaklum semester lepas memang sangat sibuk terutamanya sebab clinical attachment dan juga research project. Stress sangat dan tiada 'prime time' untuk balik ke JB. Bila dapat cuti macam ni memang rasa heaven sesangat.. =)

Mostly during the holidays period, I spent most of my times with my family. Biasalah masing-masing sibuk. So bila dapat berkumpul, had some talks dan jalan-jalan sesama memang seronok lah kan.

Selain tu, I grabbed the golden opportunities untuk banyakkan membaca berkaitan perniagaan dan pemasaran internet. Beberapa buku dan majalah menarik yang saya beli dan rasa sangat best bila dapat baca dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Dan awal tahun 2011 ni, I managed to launch my new internet marketing blog at Strategi Internet.com. Hopefully I can gain more success in terms of internet marketing in this new year of 2011.

Tapi ye juga, cukup-cukuplah cuti sebulan. Mari kembali ke sekolah dan selesaikan misi terakhir sebelum keluar dari CUCMS sebagai seorang ahli farmasi yang bertauliah.

Esok, 10 Januari 2011, akan bermula semester ke 8 a.k.a semester terakhir for me. Minggu pertama dimulakan dengan perkara utama yang akan men'cemas'kan pelajar tahun akhir farmasi CUCMS, iaitu research presentation dan viva.

Tarikhnya:
  • Research presentation: 11 Januari 2011
  • Viva with internal and external examiner: 12&13 Januari 2011
Setelah bercuti sebulan, hampir tumpul juga skil presentation. Cuma harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Doakan kami semua dapat lakukan dengan cemerlang k.

Ohya, akhir-akhir ini terbaca juga berita berkenaan kontroversi yang melanda fakulti perubatan CUCMS di Utusan Online. Setakat ini kurang pasti apa masalah sebenar secara terperinci, tapi harapnya semua dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menindas sesiapa. Harap sesiapa yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan ini. Mungkin ada sesuatu hikmah yang perlu diambil iktibar dan pengajaran di sebalik apa yang berlaku.

Oklah sampai sini dulu post kali ini, dan selamat berjumpa di semester terakhir!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.