Wednesday, September 22, 2010

Wajah baru Nizam Malek Blog!



Hye semua, bertemu kembali!

Amacam raya? Mesti puas berseronok sakan dengan keluarga dan kawan-kawan kan? =) Dah lebih kurang seminggu juga di bulan syawal, cepat masa berlalu. Jadi sampailah masa untuk kembali bertugas dan fokus pada kerja yang perlu dilaksanakan seperti biasa.

Ok post kali ni adalah agak istimewa kerana saya nak berkongsi dengan anda semua, berkaitan perubahan dinamik yang telah berlaku di Nizam Malek Blog. Kalau anda perasan, URL di atas untuk Nizam Malek Blog sekarang adalah http://www.nizammalek.com/, tiada lagi extension .blogspot.com. =)

Yup, kini Nizam Malek Blog telah beranjak lebih ke hadapan dengan memiliki domain name tersendiri. Alhamdulillah, perancangan dan target sebelum ini berkaitan pendomainan Nizam Malek Blog telah berjaya dilaksanakan dengan menggunakan service domain register daripada sebuah syarikat yang amat popular di Malaysia iaitu DataKL pada 18 September 2010 dengan harga RM40 setahun. Jika anda berminat untuk menggunakan service DataKL untuk register domain name, sila klik di sini: DataKL Anda pasti berpuas hati. =)

Domain name sudah ada, jadi next step adalah untuk menukar wajah site Nizam Malek Blog ini, dan template asal yang telah terpilih adalah Revolution Church by Brian Gardner dan telah diubahsuai (secara html code editing) untuk memberi nafas baru yang lebih segar. Walaupun nampak simple, tapi yang penting, saya cuba untuk tampilkan blog ini dengan lebih kemas dan mesra pembaca.

Setelah selesai memasukkan design template terbaru tersebut, saya telah meluangkan masa untuk memanipulasi html code untuk favicon. Favicon adalah icon yang terletak di sebelah url address. Kebiasaannya favicon yang digunakan adalah icon blogger, tetapi kini favicon tersebut telah diubah kepada favicon Nizam Malek. =) Pening kepala nak tukar tu, tapi akhirnya berjaya juga!


Ok jika anda lihat di bawah bahagian header site ini, anda akan dapati ada 4 tabs yang disusun selari, iaitu blog, business, motivation dan pharmacy. Apa guna tabs tu?


Blog
Saya mula berblogging pada September 2009, bermakna dah setahun dah dalam arena blogging ni (kejap je rase). Blogging telah menjadi medan untuk merekodkan aktiviti-aktiviti yang telah berlalu umpama diari online dan juga perkongsian info-info yang bermanfaat. Setelah setahun berlalu, sudah pasti kita perlukan peningkatan dalam teknik berblogging. Seperti untuk post raya yang lepas, saya telah gunakan video untuk menyiarkan post. InsyaAllah untuk post seterusnya, akan lebih banyak video akan saya hasilkan untuk tontonan anda semua. =p Belum tonton video raya saya? Klik di sini untuk ke post tersebut. =)

Business (coming soon)
Ok tab business ini telah dikhaskan untuk perkongsian semua ilmu, pengalaman dan tips berkaitan perniagaan. Kenapa saya sangat tertarik kepada perniagaan? Bagi saya, perniagaan adalah satu bidang yang sangat menarik, mencabar dan penuh warna untuk diceburi. Bila membaca dan bercerita tentang perniagaan, minda terasa segar dan jiwa bersemangat. Banyak yang saya ingin kongsikan berkaitan perniagaan dengan anda semua, jadi jika anda berminat untuk tahu apa yang boleh saya kongsikan dengan anda berkaitan perniagaan, nantikan post-post di tab Business dalam masa terdekat ini. =)

Motivation (coming soon)
Motivasi adalah amat penting untuk setiap manusia. Dengan memiliki semangat motivasi yang tinggi, seseorang boleh mendorong diri untuk mencapai matlamat, meneruskan api perjuangan yang kadang-kadang hampir terpadam dan juga bangkit semula jika telah tertewas dalam tekanan dan masalah yang melanda. Saya sendiri mula mengenali motivasi sejak di bangku sekolah lagi dan saya percaya, saat-saat lepas bersama motivasilah yang telah membentuk karektor saya pada hari ini. Motivasi boleh menjadi lebih penting kepada kita kerana dunia kini kian pesat berkembang dan cabaran semasa telah menekan kita untuk menjadi lebih kuat terutamanya berkaitan aspek mental. Di Nizam Malek Blog (tab motivation), saya ingin berkongsi dengan anda semua, cara-cara untuk membina keyakinan dan keterampilan diri, menjadi lebih matang, teknik berucap di hadapan khalayak dan yang lebih penting, bagaimana untuk 'survive' ketika menghadapi konflik atau krisis. Semuanya adalah untuk membantu anda (self-help guide).

Pharmacy (coming soon too)
As the final year pharmacy student, it is such an honor for me to talk and provide more information about the world of pharmacy to you. In this tab, I would like to share all the things that I know about pharmacy in larger views. This pharmacy tab may benefit Nizam Malek Blog readers who wish to know more about pharmacy, the prospect, jobs scope, area/fields in the working environment and so on. You may like to know who is a pharmacist, what he/she can provide and the benefit that you may get from a pharmacist in regards to your health care. As for me, pharmacy course is a very interesting 4 year course to be undergone and why don't I share the good things with all of you right? So if you would like to know about pharmacy, or maybe on simple medicine tips, maybe you can find it here. =)



Jadi begitulah serba sikit penambahan/perubahan dalam Nizam Malek blog. As I want to make it more personalize, this is the site that you can go to when you want to know more about Nizam Malek thoughts. I believe this is again a beginning for me for a more proper blogging purposes for Nizam Malek Blog readers' benefits and sometimes I will put some humor in the Blog tab.

You are most welcomed to send emails to me (mizamio87@yahoo.com) if you have anything you would like to know or just would like to point out a question to be discussed. If I have the answer, I will try my best to deliver it to you k. Comments are most welcomed, and I will try my best to respond to all your comments in Nizam Malek Blog. =)

"There might be people who like and at the same time people who don't like the ideas behind it, but it's ok, because I present Nizam Malek Blog to those who can appreciate things"

Peace,
-Nizam Malek

2 comments:

nafsu manusia on September 22, 2010 at 5:20 PM said...

Hi! selamat berkenalan bro..hihi..

berblog memang menarik sebab boleh share apa yang kita suka..saya memang suka membaca mengenai motivasi..hihi..

good luck anda semoga maju jaya

Nizam Malek on September 22, 2010 at 11:14 PM said...

Hye, Selamat Berkenalan! =)

Thanks for leaving a comment here. I really appreciate that.

I have visited your minisite and I can learn something from you.

It's good to create a networking. How about adding me at yahoo messenger? My YM Id is mizamio87. We can share more interesting later especially on internet marketing and motivational discussion.

Thanks for the good wishes, same goes to you. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.