Sunday, August 29, 2010

7 Habits of Highly Effective People



Ok untuk post kali ni, I would like to share with you guys about one topic that has been lifted as a quite important aspect in human daily life, which is habit.

What is habit? Habit according to online dictionary (malas nak bukak dictionary versi buku =p) means an acquired behavior pattern regularly followed until it has become almost involuntary. Dalam kata yang lebih mudah, habit ni bermaksud tindakan yang selalu kita buat setiap hari sehingga tindakan itu menjadi sebahagian dari diri kita tanpa perlu kita fikir untuk melakukannya (err, lebih mudah ke ni? =p).


Habit ni baik ke x? Well it depends, ia boleh jadi baik, dan boleh juga jadi buruk untuk kita. Ramai sebenarnya yang tak ambik kesah pasal habit. Bagi kebanyakan manusia, habit dipandang remeh dan tidak langsung memberi kesan kepada perjalanan hidup seharian. Selain itu, ramai juga yang cenderung untuk melabelkan habit dengan perlakuan-perlakuan yang negatif dan membuang masa.

Memang benar, habit yang buruk sememangnya boleh merugikan manusia, malahan mungkin saja akan menjatuhkan reputasinya di kalangan kawan-kawan atau masyarakat sekeliling. Keadaan sebegini boleh menjadi lebih buruk sehingga dapat menjatuhkan keyakinan seseorang itu.

Tapi yang menariknya di sini, jika habit yang buruk mampu menjatuhkan kredibiliti seseorang sejatuh-jatuhnya (oh, dalam nya jatuh..), bagaimana pula jika kita gunakan kuasa habit untuk meningkatkan produktiviti dan motivasi kita? Jika kita memiliki habit yang baik dan positif, sudah pasti hidup kita akan lebih ke hadapan dan kita mudah disenangi orang lain. Sebenarnya kuasa habit ada pada diri setiap manusia, terpulang pada kita untuk menggunakannya untuk kebaikan atau tidak.

Let's use our knowledge, skills and desire to acquire the best habits

Erm, mesti korang nak tahukan apa habit yang baik kan? Ok dalam buku 7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen R. Covey, tersenarai beberapa habit yang baik untuk kita lakukan. Berikut adalah habit-habit tersebut:
  1. Be Proactive
  2. Begin with End in Mind
  3. Put First Things First
  4. Think Win/Win
  5. Seek First to Understand, Then to Be Understood
  6. Synergize
  7. Sharpen the saw
Agak panjang masa yang diperlukan kalau nak evaluate setiap good habit di atas. Mungkin kalau saya cerita-cerita semua sampai habis, dah boleh jadi satu buku plak, hehe.. Pape pun, saya hanya ingin tekankan, ruang ilmu terbuka luas dengan adanya internet, kedai buku, perpustakaan dan buku kawan (pinjam =p), namun sekali lagi ia terpulang pada kita sendiri untuk bertindak dan bangkit memperbaiki kelemahan diri sendiri untuk kebaikan sendiri (berapa banyak kali sendiri daaa.. ).

How? Only you can change your habit by changing it! =)

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada yang membaca, iaitu anda. =) Peace to all!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.