Sunday, June 6, 2010

Review : Lagenda Budak Setan




Ok untuk ruangan review movie kali ni, aku nak kongsikan pendapat aku tentang movie terbaru yang aku baru tonton, iaitu filem terpanas 2010, Lagenda Budak Setan (LBS). Filem yang diadaptasikan daripada novel terlaris di Malaysia karya Ahadiat Akashah tersebut telah dilakonkan oleh pelakon yang cambest seperti Farid Kamil (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu) dan lain-lain (tak payah lah list semua kn.. hehe..).

Erm, aku baru je tengok malam semalam. Walaupun novel ni kira agak famouslah, tapi boleh kate aku tak tahu pun sebab tak layan la novel2 ni.. hahah.. So pergi tengok dengan zero prediction or expectation.. Kira ni cerita semula dari orang yang xpernah baca novel, dan just refer to the story line from the movie..

Cerita dia bermula dengan scene-scene yang menarik, mengambarkan suasanan keseronokan alam universiti. Part-part awal ni je yang banyak kedengaran perkataan 'budak setan' yang ditujukan kepada Kasyah; pelajar senior lelaki yang nakal, suka bergaduh, dan menyakat lecturer dan kawan-kawan sekampus. Memanglah nakal, tapi rasanya takde lah 'setan' sangat. Just biasa, seronok-seronok ngan member di campus. Tapi startingnya ok. Menarik.

(Pelakon yang memeriahkan cerita)

Then cerita berterusan bila Kasyah bertemu dengan Ayu. Oleh kerana cerita ni adaptasi daripada novel, cerita yang setebal beberapa ratus muka surat cuba disumbatkan ke lebih kurang 2 jam. Agak laju temponya bila terlalu mudah dan cepat juga Ayu jatuh cinta pada Kasyah. Kadang-kadang elemen suspens jadi tak berapa suspens lah. Macam part Ayu reveal kisah 'silam'nya. Tapi oklah, kalau slow sangat pun, ngantuk gak kan. Boleh diterima.. =D

Next, part cerita mula berkembang bila Kasyah dapat offer dana untuk buat kajian selama setahun di tempat pedalaman yang tiada elektrik, line phone, internet, api dan air (eh, air ade, banyak..).. Mula lah part menjiwang.. Terasa plak kalau ade gf, dilema nak pergi sambung belajar dan tinggalkan gf.. Wah, memang memaku ku.. hehe..

Just once Kasyah pergi untuk buat kajian tu, kekasih lama Ayu; Azmi (lakonan Que Haidar) muncul membuat onar. Ayu akhirnya terpaksa berkahwin dengan Azmi setelah dipaksa oleh ibu Ayu yang tersalah mempercayai Azmi. So menderitalah Ayu tanpa pengetahuan Kasyah yang di pedalaman. Satu malam, Azmi telah membelasah Ayu dan membakar majalah-majalah karya Kasyah yang disimpan Ayu. Sebab dah tak tahan lagi dengan perangai Azmi, Ayu pun drive kluar (bukan drive through) dan memecut pantas melepaskan geram. Malangnya, Ayu eksiden dan mukanya hancur, jadi buruk.

Cuma yang peliknya, Azmi still cinta (cinta kew?) pada Ayu dan sanggup tanggung kos plastic surgery untuk memulihkan semula wajah Ayu untuk menebus semula kesalahannya. Tapi Ayu yang kecewa mahu wajah yang lain, wajah yang baru. Maka tamatlah lakonan Lisa Surihani dan digantikan pelakon baru, Syiqin. Syiqin ni pegang watak Ayu yang berwajah baru dan nama tukar jadi Emylia.. (err.. Emylia..?? Hehe..).. Lepas tu Ayu/Emylia bercerai dengan Azmi.

Dan setahun pun berlalu, Kasyah kembali semula (dari pedalaman) untuk mencari cinta Ayu, tapi kecewa bila mengetahui Ayu telah berkahwin dengan Azmi. Kasyah berjaya menamatkan pengajian dan bekerja dengan Emylia (macam mana Emylia boleh dapat kerja boss pun tak tahu lah).. Err, yup2, lakonan Emylia ni nampak kaku sikit..

Suzana (sape plak suzana ni?), iaitu kawan baik Ayu masa kat universiti lakonan Raja Farah telah membongkarkan rahsia pada Kasyah yang Emylia adalah Ayu dan Ayu adalah Emylia.. Sekali lagi tempo agak pantas. Kasyah dan Emylia/Ayu bertemu dan kembali mengungkit cinta lama.

Tapi Azmi datang semula. Azmi tak puas hati lah, bila tahu Ayu/Emylia (Ayu ke Emylia ni?? Grr.. hehe..) ingin kembali semula pada Kasyah.. Kira jeles lah tu.. Dan Azmi telah bertindak aggresive+ganas menyebabkan kepala Emylia terhantuk di pasu dan terus hilang ingatan.. Ngan Kasyah2 skali dia dah tak ingat.. Oh sadisnya..

Saat tu jugak, Kasyah mendapat kerja baru. Muncullah watak Fazura. Name watak fazura ape? Tak ingat lah pulak, panggil Fazura je lah senang, ngah2.. Fazura ni kira suka lah kat Kasyah. Suka lakonan Fazura yang menjadi. Kalau ganti ngan Fasha Sandha mesti spoil rasenya. Tapi malangnya Kasyah masih cintakan Ayu/Emylia (again, nak tulis Ayu ke Emylia ni..?? grr.. hehe..) dan berkahwin dengan Ayu/Emylia. Fazura pun sedih dan membawa diri.

Rezeki mendatang, Ayu/Emylia disahkan mengandung. Dan saat melahirkan, mereka dikurniakan anak perempuan. Tapi akhirnya........... Nak tahu apa kesudahannya? Tontonlah sendiri k! Hehe..

Anyway, bagi aku, cerita LBS ni best lah, digarap dengan berkualiti, teliti dan kemas. Lakonan yang menjadi dan tak delah lawak-lawak bodoh macam cerita Semerah Cinta Stilleto (lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani gak) tu. Lagu tema dia best, boleh lawan lagu Denting Ada Apa Dengan Cinta. Tajuk lagunya ialah Bila Cinta nyanyian Filianti Vlee. Free gift for you : Klik here to download the song k!

Lepas tamat je cerita tu, kedengaran tepukan tangan penonton kat dalam panggung tanda kepuasan menonton lah. Ohya, tengok kat panggung Mega Screen TGV Jusco Tebrau City, JB.

Ohya, as this is just a review from me yang tak pernah baca novel tu, mungkin rasa best je. Tapi dengar-dengar member yang pernah baca novel tu rasa movie ni kurang best plak. Mungkin sebab imaginasi daripada pembacaan melebihi expectation yang boleh disampaikan melalui movie 2 jam macam ni. Papepun, enjoy lah!


2 comments:

Anonymous said...

ni yang terase nak g ni..

Nizam Malek on June 6, 2010 at 11:26 PM said...

=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.