Monday, May 24, 2010

Habis Exam, KaMU dan Industrial Training..


Oh, sudah lame benar tak update blog. Mungkin dah berhabuk, bersawang dah Nizam Malek Blog ni. Korang semue pun mesti tertanye-tanye, nape Nizam tak update blog. Hmm.. Ok, sorry lah, cuma beberapa minggu sebelum ni amat-amat sibuk dengan final exam.
Macam mane exam? Ermm, boleh lah. Tapi susah sikit. Hehe.. Pape pun dah cuba yang termampu dan terbaik. Hope resultnya nanti ok.

Then lepas habis je exam, terus terlibat dengan Karnival Mesra Ubat (KaMU) di Jasin, Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hampir semua aktiviti yang dirancang dapat telah dapat disempurnakan.

Karnival Mesra ubat (KaMU) ni merupakan aktiviti 'public health' yang dianjurkan oleh pelajar farmasi dari CUCMS melalui persatuan Cyberjaya University Society of Pharmacy Students (CUSPS) dengan kolaborasi Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan bertemakan 'Mulakan langkah pertama, kenali ubat anda', KaMU telah mendekati perkampungan orang asli dan berusaha berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan.

Menariknya, KaMU merupakan aktiviti pertama yang melibatkan penyertaan wakil student paramedic CUCMS; mereka diberikan slot khas untuk pengenalan dan demonstrasi bantuan kecemasan seperti teknik balutan luka dan lain-lain. Terima kasih kepada student paramedic tersebut iaitu Fayzal dan Hasrun, hope korang telah bergumbira dan mendapat manfaat daripada KaMU.

KaMU juga telah mendapat liputan di stesen TV1 RTM dan akhbar Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm. Kalau nak tengok gambar-gambar KaMU, boleh lah try search kat facebook k. Berlambak-lambak di sana. =D

InsyaAllah Karnival Mesra Ubat akan menjadi acara tahunan untuk CUSPS dan kami akan cuba jadualkan selepas final exam.

So sekarang kira dah time holidays lah. Kami ada cuti 3 bulan, sampai awal ogos. Tapi for us yang nak masuk final year tak kira cuti sangat lah, sebab kena buat research project dan juga undergo industrial training selama sebulan.

Untuk research project, kami perlu siapkan at least 3 chapter lah kalau nak selamat semester depan. So kena rajin sikit bila masuk bulan 6 nanti, tak boleh enjoy-enjoy cuti je. Huhu.

InsyaAllah aku akan buat industrial training kat Royce Pharma (M) Sdn Bhd di Nilai. Royce Pharma is one of the best pharmaceutical manufacturing company in Malaysia selain Pharmaniaga, so hope that I can learn as much as there. Ohya, the industrial training will be held from 1 July-30 July 2010. So akan ulang alik dari Putrajaya. Bakal merasa emosi sang pekerja, hehe.

Oh, sebelum terlupa, ada juga kawan-kawan yang akan berkahwin dalam bulan 6 ni. Antaranya Imah, kawan masa kat Kolej Yayasan Melaka (KYM) dulu. Thanks for inviting. InsyaAllah i will try to attend. Anyway, congratulation Imah, dan bakal suami! =)

Hmm, lebih kurang macam tulah schedule aku dalam bulan cuti ni. Still sibuk tak terhinggakan.. Benar, tiada masa untuk bercinta... ohh.. Huhu..

Oklah, sampai sini dulu, have a look at next post!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.