Monday, April 12, 2010

What we learn today?


Yup, salam all. Hari ni memang relax. Kelas pagi dengan Mr Imtiaz was just nice. Mengantuk sikit-sikit, tapi boleh tangkap lah apa yang dibincangkan. Few topics were discussed pertaining to the exam preparation.

Then next class proceeded with Pharmaceutical Care Workshop with a very good lecturer, Mr Ather Jassim. The topic was about geriatric. One case was given which we needed to discuss in a group of 5. It was an interesting case which we have to consider about the patient's illness especially on the diabetes that leads to neuropathy, diabetic foot ulcer (DFU), sepsis and coagulopathy.

It was interesting when we can discover the right thing to consider in treating geriatric patients with complicated or collection of diseases such as hypertension, ischemic heart disease and gastrointestinal ulcer. One of the important considerations in treating geriatric patient is the organ function of the patient.


For example, it will be different between failure and impaired kidney. Failure kidney may due to damage caused by hypertension or drug toxicity. While renal impairment is due to aging process and the mode of treatment should be different. It's almost clear in mind what to expect for pharmaceutical care course when a case is given. The workshop works! =)

Then petang pulak kami bergegas ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya. Pergi naik bas dan disertai Mr Imtiaz. We reached there around 2.08pm dan disambut dengan amat baik oleh pihak Jabatan Kimia. Kami dibawa ke dewan bangunan forensik. Selepas diberi penerangan berkaitan Jabatan Kimia Malaysia dan safety guidelines, kami dibawa ke lab-lab yang ada.

Setiap tingkat mempunyai lab yang berbeza seperti lab kriminasi, forensik, dokumentasi dan narkotik. Kami berpeluang melihat sample bahan-bahan larangan seperti amphetamine, cannabis (ganja), heroin dan daun ketum yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan pengesahan identiti sebenar dadah yang dirampas oleh pihak polis.

Di lab yang seterusnya, kami diperkenalkan jenis-jenis instrument yang digunakan untuk mengenalpasti DNA penjenayah melalui sample-sample yang terdapat pada sikat, pisau, baju dan tilam. Salah satunya ialah alat berteknologi tinggi di dalam kotak berwarna kuning dan dianggarkan bernilai RM33000.


Dengan jenayah pembunuhan berlaku hampir setiap hari, so hampir setiap hari lah chemist di Jabatan Kimia Malaysia perlu melakukan ujikaji untuk membantu pihak polis menyelesaikan sesuatu kes, dan kerana procedure yang dijalankan tidak semudah A, B, C, maka result akhir biasa nya akan diketahui setelah 3 bulan. So aku ade suggest kat Mr Imtiaz, "Sir, it's better to be a lecturer" Hahahah..

Then, kami ke satu lagi lab. Di situ kami diterangkan berkaitan fungsi ahli kimia dalam membuktikan identiti sebenar alat-alat yang digunakan dalam perlakuan jenayah seperti penghasilan CD cetak rompak, kesan pelanggaran pertama dalam pelanggaran, cara mengesan peluru yang digunakan, dan teknik mengenalpasti suspek daripada tapak kasut.

Ohya, selain itu, diorg pun boleh gunakan bahan kimia untuk membuktikan kereta curi yang telah ditukar no pendaftaran. Dengan teknik yang sesuai, no pendaftaran asal kenderaan boleh 'ditimbulkan' semula.

Last sekali kami ke lab untuk mengenalpasti surat-surat atau dokumen yang telah dipalsukan. Contohnya mykad, lesen kereta, dan duit kertas. Selain tu, diorg ada teknik mengesan pemalsuan tandatangan untuk cek dan dokumen-dokumen penting. Semua analisa seperti ini ada dipelajari dalam jurusan sarjana muda Forensic Science.

So dalam pukul 5 berakhirlah visit di Jabatan Kimia Malaysia. Semua nampak happy je, sebab sambutan dan layanan yang diberikan memang amat menyenangkan hati. In english we say warm welcome lah. We will always appreciate orang yang boleh melayan tetamu dengan baik.



As a future health care provider, this is a very important value that will impress our patient that in need. Jangan jadi macam sesetengah institusi swasta di Nilai tu.. Dah lah memandang rendah visitors, malah boleh address orang as ugly? Whatta? Langsung tiada budi bahasa!

Memang few weeks ni I learn something about treating people correctly and professionally.


Huhu, bukan lah nak kutuk orang di blog. Memang tak elok, tapi kalau ada terselit pengajaran di sebaliknya, harap kita boleh lah ambik iktibar daripada apa yang berlaku.

Oklah, sampai sini dulu. Nite all! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.