Saturday, April 10, 2010

Pre Grad Dinner Pharmacy 2010 from me


Malam semalam a.k.a 9 April 2010, telah berlangsung nya Annual Pre-Grad Grand Dinner Faculty of Pharmacy, CUCMS. Bertempat di hall IOI Palm Garden Resort Putrajaya, Grand Dinner kali ni telah di'organized' oleh team junior 2nd year bpharm.

Untuk Grand Dinner kali ni, aku ditugaskan untuk bacaan doa pembuka majlis dan doa makan. First time jadi pembaca doa. Thanks lah bagi aku peluang. Hehe.

Hall IOI Palm Garden Resort ni kira gempak jugak lah. Stage dan hiasan memang sesuai sangat untuk program dinner tahunan macam ni. For me, pilihan tempat tak kalah lah dengan 2 dinner yang dah lepas. Cuma mungkin harganya lebih mahal dan buat organizing committee pening kpala nak berbajet-bajet. =)

Cuma pasal lokasi hall ni agak tersembunyi, itu yang susah nak cari. Aku pun tersalah masuk exit masa nak cari tempat tu. Terasa kelakar bila 'driven back' to bulatan putrajaya. Jalan yang tak boleh nak u-turn. Hehe. Tapi alhamdulilah sempat sampai before 7.45pm.

Lepas doa pembukaan dan ucapan, majlis diserikan dengan persembahan pertama, iaitu persembahan magis pentas. Bagi aku interesting jugak lah persembahannya. Cuma kadang-kadang magician tu ambil masa terlalu lama untuk setiap jenis magic yang ditunjukkan.

Aku suka persembahan utama, bila 2 magician bertukar baju. Hebat juga lah. Then cerita yang diorg buat pasal ahli magis melawan ahli sihir. Dengan bantuan muzik yang tepat dan bombastik, persembahan tu menyeronokkan jugak lah.

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba -makan time. Aku memang nak makan banyak-banyak tahun ni. Tahun lepas macam tak berapa nak makan sebab terlibat as organizing comittee.

Pilihan menu kali ni menarik. Nasi dia special. Lauk pun banyak. Aku suka sotong goreng tepung dan daging kambingnya tak liat/berbau terlalu kuat. Pelayan makanan pun bagus, cekap, hehe.. So for me, food kali ni adalah memuaskan. =)

Then organizing committee pun ada buat satu persembahan video. Video yang diorg buat ni bertemakan nasihat, tapi dipersembahkan dalam bentuk yang extreme dan gila kelakar. Aku yang duduk kat meja tengah memang enjoy je tengok video tu.

Ade banyak part yang memang killer laugh lah. Macam part mimpi hafiz yang diorg bunuh diri bila kena marah lecturer pasal result exam teruk sangat macam sampah. Mobin pinjam gunting member sebelah dan cucuk dada sendiri, shahiran jadi lembu gila langgar dinding dan seluruh kelas kena tembak machine gun.

Banyak lagi lah scene yang pakai idea gila. Susa nak cerita sebenarnya, kena tengok sendiri video tu. Anyway, I think video tu memang penggegar dinner malam tu lah. Good job!

Selain tu, ada persembahan guitar club dan nyanyian daripada 4th year senior. Diorg persembahkan satu sajak dan lagu Kenangan Terindah daripada Samsons. Persembahan penuh semangat dan emosi macam tu pastinya menjadi kenangan bagi diorg yang akan graduate tak lama lagi. Semoga korang akan berjaya as pharmacist nanti. All the best to all.

Hmm, tahun ni, batch aku iaitu 3rd batch tak buat apa-apa persembahan pun. Mostly kami cuma duduk, makan dan enjoy the performance. Selain sebab sibuk dengan course work yang menggunung (alasan), kitorg nak simpan untuk persembahan tahun depan. Harapnya kitorg boleh plan something big for next year dinner. =D

Disebabkan mula lambat, habis pun lambat, almost 12am baru event tamat. So lepas MC umum majlis tamat, apa lagi, semua pun menggilalah ambik gambar. Aku pun sama naik.. Huhu..

Best sebab ada photographer team yang ramai, so ni lah masanya nak bergambar. Kenangan lah katakan.. Hehe.. Hope bila dapat softcopy nanti semua gambarnya smart2. I will upload the pics bila dapat nanti k.

Last words, I want to congratulate 2nd year juniors yang dah berjaya sempurnakan program tahunan CUSPS dengan jayanya. Daripada perancangan dan progress marketing untuk merialisasikan annual dinner ni sebagai satu acara CUSPS yang gilang gemilang, I know you guys deserve a compliment. =)

Anyway, as I prefer to appreciate rather than give harsh critics, I always like to advise the juniors that they have done a very good job but for sure, there must be a room for improvement.

P/S: See again next year for our Pre-Graduation Dinner 2011!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.