Friday, April 16, 2010

The Journey


Helo helo.. Walaupun diulit kesibukan, aku cuba luangkan masa untuk menulis blog ni. Sebenarnya banyak aktiviti yang dilalui dalam minggu ni.

Berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam, presentation, kerja dan kerja. Amat berbeza daripada bulan mac yang lepas. Erm, tapi, dalam sibuk-sibuk ni, aku kadang-kadang terasa bosan juga.

Mungkin sebab some kerja tak boleh disiapkan sebab langsung tak tahu pangkal dan hujung. Stranded begitu saja. Nasib baik lah ada kawan-kawan yang boleh membantu.

So siap juga la kerja yang hidup segan hidup malu tu. Hah!

YM2 program

Akhir minggu ni akan berlangsungnya program kebajikan yang akan dilakukan oleh team Young Mercy 2. Kali ni aku ditugaskan as treasurer. Pegang duit. Semue pasal duit. Grr..

Takpe2, mungkin ini salah satu petanda duit akan suka datang kau aku. Hahah. Anyway, ni kira madden experience untuk aku lah as treasurer ni. So kena la buat buku account dan semua bagai. First tugas aku dah pun siap, baru siap. So far no problem.

Then tengah hari tadi, aku, cip, iman, elly, dan eddil telah bersepakat menaiki satu kereta untuk berkunjung ke Rumah Solehah di Kampung Pandan. Rumah Solehah adalah sebuah rumah kebajikan yang diwujudkan khas untuk membantu kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV.

Disambut mesra oleh Matron (tak tahu lah ape name dia, panggil matron je lah k.. P/S: Matron tu orang, bukan robot atau pun pembantu rumah). So kami pun berbincanglah berkaitan program untuk sabtu dan ahad ni. Aku yang paling kurang bercakap, macam lost je, haha.

Lepas berbincang dan tahu apa yang Rumah Solehah perlukan, kami pun ke 2 buah kedai untuk membeli barang-barang keperluan yang diminta. Antaranya rubber hose, penyapu, cat besi, besi untuk pasang langsir dan macam-macam lagi lah.

Then kami pergi ke area bangi untuk survey-survey pokok bunga untuk ditanam di halaman Rumah Solehah. So jumpa lah few pokok bunga kekwa dan lavender. Expenses dalam few hundreds, dan itu lah yang perlu aku rekodkan as treasurer. (^_^).

Nak tahu lagi pasal program YM2 ni? Nantikan post-post seterusnya, ok. =D


KaMU

KaMU ni pulak ialah Karnival Mesra Ubat yang akan kami adakan di sebuah perkampungan orang asli di Jasin, Melaka, pada pertengahan bulan Mei 2010 ni.

As a community service program, we hope that ramai yang akan contribute untuk menjayakan aktiviti ini. Dalam committee KaMu ni, sekali lagi aku ditugaskan dalam Marketing/Sponsorship team. Sekarang ni sedang dalam proses mencari sponsor.

Alhamdulillah beberapa company telah bermurah hati untuk memberi sumbangan. Antaranya Hana Pharmaceutical dan Johnson&Johnson. Tahniah to kak sab sebab berjaya dapatkan sponsor.

There are few more companies will be approached dan we hope that we can reach the target by the end of April.

InsyaAllah jika semuanya berjalan dengan lancar, program KaMU akan menjadi antara sejarah dalam faculty of pharmacy, CUCMS.


Veterinary Pharmacy Visit @ UPM

Esok pagi pula batch aku akan ke UPM, Serdang untuk lawatan veterinary. Veterinary pharmacy merupakan salah satu subject yang perlu diambil semester ni. Visit semester ni semuanya best, sebab tak payah buat report.

So kira macam pergi makan angin lah. Aku rasa macam ni lebih elok, student tak rasa stress sangat kalau nak pergi visit, dan kita boleh belajar secara natural. We ask because we want to know, not for the report purposes. =D

____________________________________________________________________

Sepanjang minggu ni, malam aku tak pernah sunyi. Ada saja mimpi-mimpi yang mewarnai tidurku. Kadang-kadang buat aku rasa tak mahu bangun, sebab semua mimpi tu amat menarik. Aku dalam dunia fantasi (bukan akademi fantasia..), bebas daripada semua tekanan hidup. Tapi sampai masanya, aku harus bangun. Realiti harus ditempuh. Hidup mesti diteruskan. Aku tidak mahu mengalah atas desakan cabaran di dunia. Harapan yang tidak pernah pudar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.