Friday, February 26, 2010

Yuhuu exam sudah habis lah!


Alhamdulillah, dah berjaya menjalani exam mid sem selama 4 hari berturut-turut. Mencabarlah juga.

First exam pharmacognosy. Senang, biasa and susah semua ada. Kira cukup resepilah. Cuma part Madam Semira aku rase aku tak jawab dengan sepenuh hati. Hmm, harap-harap ada markah kesian lah.. heheh..

Second exam plak toxicology. Oklah, tapi tulah, bila MCQ ada negative marking, semua cemas nak tembak menembak. Takut terpijak periuk kera. Silap-silap meletup, habis markah. Heheh. Tapi dapat siapkan paper toxicology tu dalam masa yang ditetapkan.

Third paper plak Pharmacology of Central Nervous System (CNS). Ini paper paling mencabar bagi aku. Soalan die, perh~ memang nervous (cemas) lah.

Banyak soalan MCQ yang aku tinggalkan. Takut hilang markah macam tu je. Mechanism of action, uses and adverse reaction for each anti depressant drug kene tulis. Berperang dengan masa lagi. Fuh!

Hari ke empat ade 2 paper. Pagi Pharmaceutical Care dan petang Vetenary pharmacy. Paper Pharm Care start pukul 9 pagi. So malam tu aku awal-awal dah tido. Tapi tak tahu kenape, aku rase cuak je pagi tu.

Mungkin sebab pharmcare ni jawapan die bukan fact dan boleh pelbagai-bagai. Kalau jawapan diterima oklah, kalau tak.. hancus lebus~ Ohya, aku rasa jawab MCQ pharm care paling best. Hehe.

Veterinary pharmacy plak banyak gila notes nak baca. Nasib baik ada study guidelines. Thanks Prof Adnan. Kira membantu jugaklah.

Dah habis exam=Merdeka!! Banzai!! Yuhuu!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.