Sunday, February 28, 2010

Tata Februari


Salam to all,

Hari ni hari terakhir untuk Februari 2010. 2 bulan berlalu pada tahun baru ni. =)

Walaupun cuma ada 28 hari, tapi banyak cerita yang berlaku pada aku dalam bulan ni. Baik dan buruk, suka dan duka bersilih ganti.


CUCMS Leadership Camp 2010

5-7 Feb yang lepas aku berpeluang menyertai CUCMS Leadership Camp di Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka. Banyak pengalaman menarik yang aku dapat kutip sepanjang 3 hari 2 malam tu. Antara aktiviti yang dilalui ialah Night Walk, Zapin Ayam, Buat dan Berlumba Rakit, Kayak Safari, Merentas Halangan, Presentation dan macam-macam lagi lah.

Untuk aktiviti Night Walk, kita di bawa masuk ke dalam hutan tebal sehingga sampai ke sebuah tokong Cina yang terbiar. Di situ kami semua berkumpul di dalam kegelapan malam dan dilepaskan seorang demi seorang untuk kembali ke kem utama. Sepanjang perjalanan yang jauh itu, tiada lampu suluh, tiada teman. Hanya sendirian melalui dugaan dan halangan di hadapan.

Di situ lah nilai ketabahan cuba diterap dalam diri setiap peserta. Antara halangan atau 'gangguan' yang ada dalam perjalanan adalah seperti ranting bergerak-gerak, lembaga putih di tengah jalan dan pocong bergerak di tepi jalan. Alhamdulillah semua cabaran dan ujian itu dapat dilepasi oleh setiap peserta. Seram dan seronok. =)

Pagi esoknya Zapin Ayam. Nama glamour untuk exercise di pagi hari. Biasa sebut senamrobik kan. Zapin Ayam memang seronok. Game yang ada sangat happening. Tapi aku memang tak mampu buat semua. Lelah menyerang saat tu. Tamat aktiviti aku terbaring keletihan mencari nafas =I Nasib baik keadaan aku bertambah baik dari masa ke semasa.

Then aktiviti seterusnya ialah Berakit! Kami 4 kumpulan akan buat rakit masing-masing dan berlumba di tasik yang luas itu. Memang rakit akan terapung sebab disokong oleh pelampung, tapi cabaran sebenarnya ialah nak mendayung. Bayangkan pendayungnya seberat 1.5kg. Penat-penat.

Perlumbaan rakit ini membuktikan kemenangan bukan bergantung pada rakit, tapi semangat dan kesungguhan setiap peserta. Banyak yang aku belajar dari kem tu. Bertuah rasa dapat join last minute. =D

I will upload the pictures of the leadership camp in the next-next post.


Nizam Malek Blog Vote Campaign
Khas untuk bulan Februari juga aku telah lancarkan ruangan vote untuk Nizam Malek Blog. Saja nak tahu feedback pembaca blog ni. Hasil voting selama sebulan, resultnya seperti berikut:

  • Best (50%)
  • Biasa ja (25%)
  • Bosan (25%)
  • Informative (37%)
Jadi kiranya Nizam Malek Blog ni best lah jugak ea. Hehe. 25% kata blog ni biasa ja dan bosan. Manakala 37% kata ianya informatif.

Thanks to those yang rasa Nizam Malek Blog ni best. It will be my strength and support to keep blogging. For those yang choose to say Nizam Malek Blog is informative, I will try to add more information and the knowledge that I have to my blog readers. Indeed, I hope that the knowledge shared in this blog will be useful to other people. I think I have more things to share with you guys in the future.
Bagi yang anggap Nizam Malek Blog ni biasa ja, I would invite you guys to suggest for improvements through the comment box of any posts. No need account to comment, just simply choose anonymous to leave your comment.

And, to those who really think Nizam Malek Blog ni bosan dan membosankan, it's ok. Maybe my way of blogging does not suit your way of reading. Kalau dah rasa bosan, tak perlulah baca. Hehe. Jangan marah. =D

Anyway, I would like to take this opportunity to thank those who are wiling to participate in the vote. Thanks to the sky. =D


Online Social Networking

I love internet, and I like surfing internet 24 hours. That's me. Now I have yahoo messenger (YM), facebook (FB), blog and twitter to interact with people through online. Mostly, yahoo messenger will be a medium to talk/chat. By using Blackberry, it's easier to communicate with friends and customers anywhere, anytime. My YM id is mizamio87. Feel free to add me k, thanks.

FB will be a medium for me to share current issues in mind with friends. Sebab account facebook ni ada juga saudara mara, lecturer, dan kawan-kawan, biasanya wall post hanya untuk mengusik-usik kosong pada waktu lapang. Jarang sekali nak kritik orang di FB. Kang silap-silap kene ban plak account FB aku.

Nizam Malek Blog untuk curahan idea, pandangan dan mungkin juga medium untuk promosi idea perniagaan dan motivasi. Gambar-gambar ekslusif biasa nya ada dalam blog ni. Selain itu, Nizam Malek Blog digunakan untuk tujuan dakwah dalam kategori Islam. Moga perjalanan kita sehari-harian tidak sia-sia. Sambil berblogging dapat berdakwah. Best kan? Ohya, Im planning
to change the template for Nizam Malek Blog. Wait for the new facelift. =D

Twitter pula baru je di wujudkan dalam bulan februari ni. Design simple saja. Ia lebih untuk kegunaan peribadi. Post di twitter akan represent almost every single thoughts in my mind through out the day. Sama ada baik atau buruk. Itu lah tempatnya. So kalau rasa nak follow me on twitter, this is the user name: NizamMalek


Research Project

Hidup terasa amat sibuk dan terisi setelah dapat tugasan research project sejak akhir bulan Januari dulu. Alhamdulillah progress berjalan lancar. Aku senang bekerja dengan Madam Zie (supervisor). Walaupun most of the time penat dan stress, aku sedia bekerja sebab pulangan nya nanti cukup berbaloi dari segi prospek dan juga pointer cgpa. I will do the best for the rest.
Sekarang dan start masuk phase data collection dan data analysis. Aku dah mula guna SPSS software. Harap-harapnya semua kerja dapat diselasaikan dengan baik. Kini aku menanti tarikh 31 Mac 2010, sebab ada sesuatu yang bakal mengujakan aku berkaitan research project ni. Harap-harap ia akan berlaku. InsyaAllah.

Majlis Kahwin dan Pertunangan

Ohya bulan Februari ni pun ada banyak majlis kahwin dan pertunangan saudara yang aku pergi.
Antaranya majlis pertunangan Na dan Hafeez, serta Ayoh Su dan Cik Ezza. Majlis perkahwinan
pula untuk Kak Ha dan pasangannya. Oklah pergi majlis kahwin dan tunang, tapi masalah nya
aku selalu pakai baju salah tema. Orang pakai baju melayu, aku pakai baju jalan. All the best
pada yang dah bertunang dan kahwin. Aku bila?? Huhu, lambat lagi lah~
Masih muda =p


Business apa cerita?

Oh, cerita online business memang tak akan habis. Masih banyak yang perlu aku belajar, tapi it is
progressing very well. Aku amat selesa dengan konsep online business. Internet marketing umpama
virus. Amat mudah dan pantas dalam urusan promosi. Kalau diikutkan, aku baru 7-8 bulan dalam
bidang ni, tapi aku dah dapat menjana duit dari internet dengan baik juga. Kerana online business
jugalah aku jadi suka membaca. Rasa ingin tahu makin menebal setiap hari. Aku yang dulu selalu
dikutuk-kutuk kawan sebab tak pandai googling, tapi kini dah boleh survive sendiri. Cuma pesan aku
pada kawan-kawan, kalau kita ada ilmu, jangan lokek untuk dikongsikan. Jangan sampai ada yang
kata kita kedekut ilmu. Walaupun kita cuma tahu sedikit, tak apa, kongsi kan pada yang memerlukan. =)


Matlamat 2010 macam mana?

Alhamdulillah, matlamat 2010 masih tersusun dan up to date mengikut perancangan dan dateline.
Semua masih berjalan lancar. Matlamat amat penting. Hidup tanpa matlamat ibarat bermain bola
sepak tanpa tiang gol. Boleh main juga, tapi main kosong lah kan. Kepada pembaca Nizam Malek
Blog, jangan putus asa atau padamkan semangat anda pada matlamat. Teruskan usaha, percaya
anda mampu lakukannya! =)


Kesimpulannya~

Begitulah antara ulasan sepanjang 28 hari dalam bulan februari 2010. Walaupun Februari bulan
yang tersingkat antara 12 bulan yang ada, banyak perkara yang berlaku di dalamnya. Hargailah
setiap saat yang ada, dan warnai kehidupan ini dengan kegembiraan dan keberkatan. Hmm, dah
masuk 1 Mac rupanya.

Jumpa lagi Februari 2011.. ; )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.