Monday, February 1, 2010

Selamat tinggal Januari


Sekejap saja, dah masuk bulan Februari 2010. Begitulah pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.
Setiap saat tanpa pernah berhenti.

So amacam Januari, best tak? Bagi aku, sangat-sangat menarik. Banyak perkara dah berlaku dalam satu bulan ini saja. Perkara yang mengujakan.

Berbekalkan semangat dan matlamat tahun baru 2010, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Beberapa matlamat berjaya dilaksanakan mengikut datelinenya.
Sejarah Januari 2010 juga tercatat perniagaan online aku mula berkembang dengan pantas. Antara perkara yang amat menggembirakanku, iaitu dapat lakukan sesuatu yang amat aku minat sejak dulu.

Peluang demi peluang tiba dan pergi. Begitu juga dengan research project yang bermula awal dan bergerak dengan amat laju. InsyaAllah jika prestasi sebegini dapat diteruskan, peluang tidak pernah terduga akan tiba. Cuma aku perlu lebih yakin pada diri sendiri. =)

Namun, pastilah tidak semuanya manis. Ada saja kekurangan di sana sini. Amat sedih bila masih belum mampu berperang dengan diri sendiri. Moga Februari akan membawa sinar baru yang lebih kuat untuk ku.

Ungkapan syukur tidak pernah dilupa.

PadaMu Tuhan aku bermohon, moga dipermudahkan jalanku. Berikanku nikmat dan rahmatMu kerna siapalah aku tanpa cintaMu. Berikan aku ruang untuk kembali.

Cerita cinta? Masih no komen. Back to basic, and let's go with the flow. =D

Selamat tinggal Januari. Februari here I come!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.