Monday, February 15, 2010

Questionnaires in action


Hari ni dikira hari rasmi aku distribute questionnaires through hand deliver method. Sejak tengah hari pusing-pusing Pasir Gudang dan some areas in Johor Bahru untuk dapatkan respondents.

Seronoknya dapat buat aktiviti menarik ni. Mula-mula rasa amat cuak nak minta orang yang tak dikenali untuk jawab questionnaires. Sampai ambik masa nak dapatkan first respondents. Dalam hati cakap, "nak bagi ke tak, nanti kene marah macam mane?" =p

Tapi kuatkan gak semangat dan dapat public respondent pertama di Pusat Bandar Pasir Gudang. Mudah je sebenarnya bila respondents beri kerjasama. Yang penting aku kena betul-betul introduce myself correctly. Bila orang dah percaya, so dengan tanpa banyak soal mereka akan tolong jawab questionnaires tu.

Ada juga yang reject nak jawab. Kat kedai alat tulis. Seorang mak cik ni cakap "saye rasa awak dah salah orang lah, saya bukan doktor atau pharmacist, saya retailer". Pastu belah macam tu je tak nak jawab. Wah sombongnye. Aku bukan nak cari doktor atau pharmacist. Just nak cari orang biasa, orang awam untuk tanya pendapat berkaitan doktor, ahli farmasi, klinik dan kedai farmasi.

Itulah nasib researchers untuk social based study macam ni. Cabaran berdepan dengan rejection. Tapi aku ok je, sebab dah biasa berdepan dengan rejection dalam business, =D So no hal lah.

Then pergi solat kat surau. Dapatlah 2 orang lagi untuk jawab questionnaires. Kalau dapat lagi ramai lagi bagus kan, hmm. Selain itu, aku pun dapat respondent kat tempat main bowling dan kedai farmasi. Macam-macam tempat aku pergi untuk biasakan diri untuk dapatkan respondents. Banyak juga lah yang aku belajar hari ini secara tak langsung.

Ohya, satu yang aku observe hari ni ialah, lebih ramai orang prefer jawab questionnaires dalam bahasa melayu. Tapi aku prepare 40 sets untuk english version dan cuma 30 sets untuk malay version. Maksudnya kena fotostat lebih banyak malay version esok. I need at least 50 respondents tomorrow.

Selain hand deliver method, aku juga guna internet untuk distribute questionnaires ni. Aku rasa guna internet lebih mudah dan pantas.

So secara ekslusifnya, pembaca Nizam Malek Blog akan dapat participate dalam research project ini. Jika anda berminat untuk menjawab questionnaires research project ini, anda boleh klik pada banner-banner yang ada di bawah:

(questionnaires dalam bahasa inggeris)
BannerFans.com

(questionnaires dalam bahasa melayu)
BannerFans.com

Selepas klik banner di atas, anda akan dapat mendownload set questionnaires dalam format microsoft word (.doc). Anda boleh menjawabnya dengan menggunakan simbol yang sesuai pada kotak yang disediakan.

Menjawab questionnaires sebenarnya amat mudah. Anda tidak perlu memberikan pendapat secara bertulis, tapi sekadar tandakan pada pernyataan yang anda rasa betul bagi anda. Sama ada amat setuju, setuju, neutral, tidak setuju atau amat tidak setuju. Tiada jawapan yang betul mahupun salah. Ia sekadar pendapat anda.

Setelah menjawab questionnaires itu, anda savekan dan boleh terus hantar ke email mizamio87@yahoo.com

Penyertaan anda amat-amat dihargai. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.