Wednesday, February 17, 2010

Let's answer the free questionnaires!!


Kajiselidik ini adalah sebahagian daripada kajian bertajuk “Dispensing Separation: Malaysian Community Knowledge and Perception” yang sedang dijalankan oleh Ahmad Nizamuddin Bin Malek Reedzwan, pelajar tahun ke-3 jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Cyberjaya.

Kajian ini diselia oleh Puan Wan Sazrina Wan Zaid dan Puan Aslinda Jamil.

Anda boleh menyertai kajian ini secara percuma dengan menekan banner di bawah ini:

BannerFans.com

Anda memerlukan lebih-kurang 10 minit untuk menjawab keseluruhan set soalan ini.

Arahan: Sila klik pada pilihan jawapan anda.

Preview soalan:


Setelah selesai, anda hanya perlu klik 'Finished'

Glosari:

‘Dispensing Separation’ bermaksud pengasingan fungsi doktor dan ahli farmasi di mana doktor hanya membuat diagnosis penyakit dan mengeluarkan preskripsi manakala ahli farmasi mempunyai hak untuk mendispenskan ubat kepada pesakit mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor.

Dispens bermaksud menyerahkan ubat kepada pesakit.

Preskripsi bermaksud surat kebenaran daripada doktor untuk mendapatkan bekalan ubat.

Ubat terkawal bermaksud ubat-ubat yang memerlukan preskripsi daripada doktor untuk didispenskan. Contohnya ubat batuk.

Hasil kajian ini adalah amat penting untuk menilai persepsi sebenar rakyat Malaysia terhadap cadangan pelaksanaan ‘Dispensing Separation’ di Malaysia.

BannerFans.com

Penyertaan anda amat-amat dihargai. =) Terima kasih.

2 comments:

Wirdiana on February 18, 2010 at 9:01 PM said...

Salam..
da tlg jawab ur quest..i'm done!!
selamat wat research..
selamat analyze quest ni nnt..
Alhamdulillah kami dah settle bnda ni.. =)

Nizam Malek on February 18, 2010 at 11:04 PM said...

Salam, hye wirdiana.

Thanks for joining my survey.

Really happy bila ade kawan2 sedia membantu dalam research project ni.

I pray the best for you guys too. =)

Thanks again!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.