Sunday, January 24, 2010

Research Project bermula!


Mulai hari ini, satu kategori baru akan diwujudkan dalam Nizam Malek Blog ini iaitu 'Research Project'.

Semua post di dalam kategori ini akan memaparkan apa saja info, perjalanan, cabaran dan dugaan dalam menyiapkan research project ini.

Research project ini merupakan salah satu subject dalam course work Bpharm dan perlu di selesaikan dalam tempoh 2 semester secara individu.

Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan research project aku:
  • Title: Dispensing Separation: Malaysian Community Knowledge and Perception
  • Supervisor: Madam Wan Sazrina Dato' Wan Zaid
  • Co-supervisor: Madam Aslinda Jamil
Research project adalah antara subject terbesar kerana pemberatnya adalah 4 jam kredit untuk setiap semester dan semestinya akan dapat mengubah margin CGPA pada skala yang amat besar.

Alhamdulillah, topik yang aku dapat adalah topik yang menarik dan aku minati. Begitu juga dengan supervisor dan co-supervisor yang amat bersemangat dan tegas dalam perbincangan research ini. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik untuk menghasilkan research project yang mantap.

Perbincangan dan proses menghasilkan research proposal dan thesis write up telah bermula sejak pertengahan Januari 2010 dan akan diteruskan mengikut plan Gantt Chart yang telah dibuat:

Oleh kerana topik dispensing separation merupakan satu isu yang amat penting dan mungkin juga sensitif di kalangan medical doctor dan pharmacist, sudah tentu ini akan mengundang pelbagai pendapat dan pandangan.

Pembaca Nizam Blog dijemput untuk turut serta memberikan apa saja komen berkaitan topik ini dan segala pendapat anda semua amatlah dihargai.

Terima Kasih. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.