Saturday, January 2, 2010

Nikmat urusan dakwah


Saya masih ingat lagi ketika menjawab soalan-soalan exam untuk paper Pendidikan Islam ketika sebelum SPM dulu. Antara skrip jawapan yang popular ialah, "para ulama' hendaklah turun padang memainkan peranan untuk membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja dan belia".

Tahun-tahun berlalu, tiada apa yang berlaku. Para ulama' dan pegawai agama dilihat sekadar banyak berceramah dan memberi nasihat tanpa apa-apa tindakan dakwah yang jitu dalam menyelesaikan masalah kronik ini.
Pada 31 Disember 2009 yang lepas, mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin telah mengambil langkah yang murni dan bertepatan dengan gesaan orang ramai untuk mengawal tingkah laku muda-mudi ketika menyambut tahun baru.

Operasi tersebut dinamakan Ops Dakwah Tahun Baru 2010. Operasi ini telah dirancang dengan baik dan berjalan serentak di Seberang Perai, Pulau Pinang dan KLCC, Kuala Lumpur.

Program ini telah mendapat sokongan dengan penglibatan 80 orang aktivitis dakwah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyebarkan risalah yang diadaptasi daripada tulisan Dr Asri bertajuk; "Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu luas".

Tindakan sebegini memang wajar dan telah lama dinanti-nantikan. Sebelum ini, Dr Asri menyatakan bahawa pegawai agama dan pendakwah perlu lebih agresif dengan ke pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan orang awam agar tidak terus terjerumus dengan hiburan yang melampaui batas.
Pendapat Dr Asri ini telah dipandang sinis oleh sebahagian orang dan pernah dikritik oleh mufti dari negeri lain. Saya sendiri pada mulanya tidak pasti bagaimana keadaannya apabila orang agama menyebarkan dakwah di tempat-tempat orang berhibur.

Namun, dengan perancangan yang menyeluruh dan pembawakan yang tidak menyakitkan mata atau membingitkan telinga menyedarkan orang awam, saya pasti program dakwah sebegini akan disambut baik oleh rakyat Malaysia.
Janganlah kita cuma pandai mengkritik pendapat orang lain tanpa memberi peluang kepada mereka merealisasikan idea mereka itu. Nampaknya, operasi ini merupakan permulaan yang baik bagi team Minda Tajdid dalam program dakwah 2010.

Usaha ke arah maaruf dan nahi mungkar seperti ini perlu diteruskan dan disokong pelbagai pihak demi harapan agama Islam di Malaysia pada masa depan.

Saya sebagai pelajar IPTS rasa teringin pula join ops dakwah seperti ini. Mungkin satu hari nanti.. InsyaAllah..

2 comments:

mUTe on January 3, 2010 at 1:51 PM said...

kdg2 aku raser muke Dr Asri macam ko. huhu

Nizam Malek on January 3, 2010 at 2:18 PM said...

hehe.. peace.! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.