Tuesday, January 19, 2010

Membongkar rahsia pada Al-Quran


Post ini adalah sambungan untuk post yang terdahulu dalam kategori Islam berkaitan Surah Al-Waqiah. Sebelum ini, maksud Surah Al-Waqiah telah pun diberikan terjemahannya.

Sebagai mukaddimah, surah Al-Waqiah merupakan surah yang ke-56 di dalam Al-Quran dan terletak pada juzuk ke 27 serta terdiri daripada 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana terdapat lafaz pada ayat pertama surah ini yang bermaksud kiamat. Surah Al-Waqiah ini menerangkan berkaitan hari kiamat iaitu pembalasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Dan menariknya, surah ini terkandung beberapa fadhilat yang amat besar untuk sekalian umat Islam dari aspek ekonomi.

Sabda Rasullulah S.A.W. yang bermaksud; “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”(Didengar dan disampaikan oleh Abdullah Ibn Mas'ud)

Apakah yang kita lakukan bila kita tiada duit? Simpanan makin susut, atau mungkin juga pulangan perniagaan yang dirancang dan diharapkan tidak mendatangkan hasil? Adakah kita kembali kepada jalan yang sebenar, atau kita mula mencari jalan pintas dengan melakukan kemungkaran yang akhirnya merugikan diri kita sendiri?

Sering kali kita mengeluh dan pasrah pada masalah kewangan. Ibarat apa yang ada tidak pernah cukup. Lebih buruk lagi, kita mula mempersoalkan rezeki orang lain sehingga timbulnya perasaan hasad dengki dan iri hati pada kejayaan orang lain. Tapi itulah realitinya.

Bukanlah kita terlalu ingin mengejar kemewahan dunia, tetapi sedarlah, dengan kekuatan ekonomi yang teguh serta digunakan pada jalan yang benar, pastinya kita dapat membantu menegakkan syiar Islam di atas muka bumi Allah ini.

Dan jika diperhatikan pesanan rasulullah melalui sabda di atas, kita bukan saja telah diajar cara yang sebenar untuk keluar daripada zon kesempitan kewangan, malah rahsia kekayaan itu telah terbentang dengan jelas dan nyata.

Sebenarnya, terdapat banyak fadhilat atau kelebihan jika kita cuba mengamalkan surah Al-Waqiah. Cukuplah jika dapat saya kongsikan satu sahaja kelebihannya iaitu bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. (Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi)

Kenapa perlu kita jauhkan diri daripada rahmat yang hakiki. Yakin dan gembiralah kerana istimewanya kita berada dalam nikmat keislaman yang penuh keredhaan dan keberkatan.

Kembalilah pada sunnah dan Al-Quran. Segala panduan yang lengkap, tepat dan tajam ada di situ. Dan jika kita benar-benar beriman pada tali Allah iaitu Islam, kita tidak akan pernah gusar pada kesusahan. Kerana pertolongan rezeki daripada Allah sentiasa ada.

Berdasarkan pencarian/googling, saya dapati ada sebilangan ulama' yang berpendapat hadith ini adalah hadith dhaif kerana tidak terdapat dalam buku-buku hadith utama seperti Sahih Al-Bukhari, Muslim dan lain. Namun sudah pasti membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran akan mendatangkan ganjaran besar daripada Allah SWT sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Semoga post kali ini membawa manfaat kepada pembacanya. Ilmu yang baik adalah untuk dihayati dan diamalkan serta lebih bermakna jika dapat disampaikan kepada yang lain. Wallahualam. =)

P/S : Mahu baca surah Al-Waqiah dan terjemahannya dalam bahasa melayu yang mudah difahami? Sila klik di sini.

2 comments:

AutoSmart on January 19, 2010 at 9:41 AM said...

ILMU yg sgt b'manfaat, TQVM

Mari membongkar stok kereta UK & JPN spec..

Nizam Malek on January 19, 2010 at 10:42 AM said...

Thanks AutoSmart. Jangan lupa amalkan surah ni. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.